Bertudung?

Em apa pendapat korang tentang org yg pakai tudung? Pada aku, cantik dan nampak sopan. Tp entah laa. Bukan tak nak pakai tudung, tp bukan skrg. Tak tahu kenapa weh. Kadang kadang aku jealous tengok kawan kawan aku yg pakai tudung tu. They cover all the parts that can't be shown but they still look pretty. Itu yg membuat kan aku nak pakai tudung tuuuuu >.< tp kalau aku dah mula pakai tudung, aku dah kena jaga adab, dah kena berubah betul betul. So, macam tak sedia nak lepaskan apa yg aku ada skrg ni.

Tp aku sangat tak puas hati dgn sesetengah org yg memaksa org lain untuk membuat sesuatu yg org tu tak nak. Terutama bab agama ni. Aku faham korang tak nak aku masuk neraka. Aku faham aku faham. Terima kasih sebab mengambil berat. Tp korang tahu sendiri kan, kalau buat something tp takde niat, tak dapat pahala jugak. Lebih baik NIAT sahaja. Itu pun dah dapat pahala tau. And dalam Al-Quran pun dah disebut, 'Tiada paksaan dalam Islam.'

Lagipun, kalau korang nak nasihat, takpe. Dah lepas tanggungjawab korang untuk menasihati. Sekarang ni dah terserah pada aku nk berubah atau tak. Ni pergi nya ceramah dekat aku 24 hours. Setiap hari nasihat. Sapa tak pening, sapa tak sakit kepala. Cuba lah faham, aku ni remaja (remaja kah?) mana nk dgr nasihat sgt. Kalau aku nk berubah, aku berubah lah. Cukup bg nasihat tu sekali je. Aku dengar aku dengar. Nanti kalau aku nk berubah nanti aku berubah lah ye jangan risau InsyaAllah aku akan berubah

Harap nya dia terima lah aku as diri aku sendiri. Not as they want to. Aku dah penat gila gila berdrama dgn diorang. Nak dkt 4 tahun dah kan aku berdrama. Okay aku ckp kt deme aku pakai tudung. Setiap kali aku pergi rumah deme, aku pakai tudung. Weh tp cuba korang bayangkan, aku yg tiap tiap hari dtg rumah diorang pakai tudung apa semua, diorang still ckp mcm mcm. Cuba bayangkan kalau aku mengaku yg aku tak pakai? OHMYGODDD aku tak sanggup

okay opah, maaf ckp pasal opah. Tapi ereen tak sanggup lah. Hari hari asyik kena je. Nanti bila betul betul ereen pakai tudung, ereen ikut ckp opah okay ;)