Alahai kucing sayang,

KUCING, CATS, KITTENS bermaksud haiwan yang rupanya seperti harimau kecil. Sepupu sepapat kiranya. Biasa nya dibela org


Aku tulis post ni bukan sebarang tulis. Hidup aku selama 14 tahun ni aku hidup dengan kucing je. Tak pernah walau sekali pun aku tak hidup dengan kucing. And even now pun rumah aku ada berlambak lambak kucing. Entah ada berapa belas entah dah maleh nk kira, dah maleh nk ambil tahu.

Aku ni boleh dikatakan cat lover lah. Err, my mistake. Animal lover. Aku sayang semua binatang. Kecuali lah yg benda benda yg menggelikan dan meruntuhkan tenaga batin aku contoh nya seperti, katak cicak ular and so on. Tapi kalau setakat anjing, wa takda hal maa hihi [cakap over, bila anjing depan mata, ketaq]

Ingin saya tegaskan disini [tegas lah tu dah bold kan perkataan tu], bahawa saya sayang kucing tapi saya allergic pada bulu kucing hahaha -.- dan aku sangat sangat membenci diriku kerana hal tu. Aku baru nak manja manja sikit dengan kucing, dah bersin, dah berhingus meleleh, dah mata merah, dah kena makan ubat. Itu yg aku maleh maleh maleh maleh

Actually aku ni ada resdung, tak tahan panas, sejuk, bulu kucing dan ni musuh utama Lily Nurliana ni iaitu habuk. Cukup benci betul. Aku sia sia kan hidup aku 14 tahun ni bersin, selesema, sakit apa semua hanya kerana habuk. Tak berbaloi. Geleng sikitttt hahaha so kalau aku datang rumah kome, tiba tiba aku bersin non-stop. Something is wrong somewhere okay. Sama ada anda membela kucing yg bulu nya berterbangan ataupun rumah anda berhabuk :D

Rasanya itu je lah kot. Saya Lily Nurliana melaporkan dari bilik saya pada 10-07-2011 jam 0257. Kembali pada Mak Minah dengan 'Sok Seh Tengah-tengah Malam Buta Nak ke Pagi' nya. Assalamualaikum Malaysia, Brunei Byebye geleng sikitt rakan rakan ewahhhh