Aku kehilangan, aku keseorangan, 
Teringat kembali kali pertama kita bertentang mata
Bagaikan terkena kejutan elektrik menahan getaran jiwa
Hingga ke detik ini masih segar di ingatan ku akan peristiwa 

Saat kau pergi, saat kau tinggalkan detik manis 
Aku rebah bagaikan terkena halilintar
Semua nya menjadi gelap, menjadi suram
Apa yang diharapkan semua nya musnah dalam sekelip mata

Aku cuba untuk bangun, tidak endah akan keadaan diriku kini
Namun aku kecundang, tidak mampu aku memperdaya diriku sendiri
Separuh jiwa ku telah mati, separuh nyawa ku telah tiada
Mampu kah aku meneruskan kehidupan ku seperti dahulu kala?

Ternyata aku kuat, ternyata aku mampu melakukannya sendirian
Aku bangun walau dengan hanya separuh nyawa
Telah ku sematkan dalam hati ku bahawa akan ku bangkit tidak kira apa jua
Akan ku harung jua rintangannya

Kini aku boleh berbangga dengan diri ku
Dengan hanya separuh nyawa telah ku langkau rintangan semua
Aku telah membina jiwa baru, jiwa yg telah melengkapkan nyawa ku yg telah mati
Aku kini boleh bermegah, mendepang dada kerana aku telah berjaya